Tuesday, August 17, 2010

DraMa KesuKaan Terbaru

memandangkan drama indonesia"Benci BILANG cinta" sudah pun berakhir..maka malas lah nk sambung crita barunya iaitu.."CINTA KIRANA".KEbetulan plak tv3 ade akasia terbarunya iaitu "EPILOG SYURGA CINTA"..PELAKON UTAMANYA FIDA(sangat suka lakonannya dalam cinta tikar sejadah)dan Zizan..ade jugak budak kecik comel yang dulu pnh berlakon dengan lisa suriani..iaitu MIA SARA NASUHA..sgt pandai berlakon dan cute org nyer...
Sinopsis Epilog Syurga Cinta

Drama Epilog Syurga Cinta memaparkan kehidupan Irham yang moden dan jauh tersasar dari landasan agama yang sewajarnya menjadi pegangan, begitu ironi dengan Siti Syuhada yang begitu ikhlas mentaati ajaran agamanya yang suci. Satu-satunya yang menghubungkan dua insan dari dua dunia yang bertentangan ini adalah si comel Mia, anak angkat kepada ayah dan ibu Irham yang juga merupakan pelajar di tadika milik Siti Shuhada.

Sikap liar Irham ditambah dengan hubungannya bersama Xeera, model terkenal menyebabkan ayahnya, Tan Sri Zakaria runsing memandangkan wartawan tak habis-habis mengorek berita hangat sehingga membabitkan nama baiknya. Ibu Irham, Puan Sri Mahani juga menentang hubungan Irham dan Xeera memandangkan dia sendiri mempunyai rancangan tersendiri untuk mengahwinkan Irham dengan anak perempuan Datin Linda, kawan baiknya yang dilihat lebih setaraf dan berstatus.

Pelakon utama cerita nii
nilah adik mia sara nasuha..


itulah serba sedikit sinopsisnyer..tapi minggu ni saya tgk pun agak best jugak ceritanya..sgt sedih dgn siti..tunangnya kahwin dgn kawin kawan baik dia sendiri..bayangkan perasaan siti ni..kesian sgt...last2 bekas tunang dia tu nak kat dia balik..itu sampai hari kelmarin lah..atuk dia pun sama dgn atuk kat dalam cinta tikar sejadah,..cuma farid kamil jer yang takder..rasanyer..cerita ni byk jugak bagi pedoman, moral yang baik untuk kita teruska kehidupan kita seharian...

jom...pakat2 tgk menunggu waktu berbuka...

2 comments:

  1. Epilog syurga cinta Episod 9 boleh d download sekarang..
    http://myvitrd.blogspot.com/2010/08/free-download-drama-terbaru-tv3-2010.html

    ReplyDelete
  2. malas nk download..tgk jelah kat taiwi...

    ReplyDelete