Sunday, November 28, 2010

Bersyukurlah ada mata yang sihat


Sedarkah? Mata ini bukan hak kita tetapi ia hanyalah sebagai amanah dan pinjaman dari Allah swt. Kufurlah nikmat jika mata kita ini diciptakan hanya untuk dipejamkan dan dicelikkan untuk hal-hal tertentu sahaja sehingga kita membiarkan diri selamanya dalam kejahilan. Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur dan setiap mata terbuka, belum bererti ia melihat. Begitulah juga anugerah mata ini, melihat bulan menerangi malam, sehingga lupa ilmu mendekati Allah sahaja yang dapat menerangi hidup ini di dunia dan di akhirat. Allah yang menciptakan mata ini, Allah sahaja yang tahu apa terbaik untuk hambanya, mengapa kita masih degil, ingkar dan kufur? Terfikirkah kita secara tiba-tiba Allah swt tarik nikmat mata ini, apakah kita kian dekat denganNYA atau kian jauh dariNYA?

Membaca satu artikel ini..menginsafkan saya kerana tidak menjaga mata dengan baik..seingat saya dulu mata saya tidak mempunyai apa2 masalah, tetapi sekarang saya terpaksa memakai cermiin mata kerana mengalami rabun jauh..saya sendiri tak sedar bila ianya bermula..kekadang nak bawak kereta pun terpaksa memakai spek untuk menjamin keselamatan.

Mungkin Allah telah menarik satu nikmat itu daripada saya..bukannya senang kalau hidup sudah bergantung pada cermin mata..menjaganya pun kenalah teliti..selalu kena bawa ke mana pergi..nak membelinya pun beratus2 RM...

Dulu pnh juga mencuba ubat mata Permata hijrah..tapi sampai hari ni pun tak hbs2 lagi guna..mungkin takde kesan ataupun kna guna beratus2 botol..baru berkesan, saya pun tak pasti.

Apepun, sesiapa yang masih mempunyai mata yang baik..jagalah elok2..sayangilah mata anda...

ok tak saya pakai spek..ok atau tidak..terpaksalah..

Lawatan Tamat Latihan TUDM iPOH,pERAK

"DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN"


Minggu lepas..hujung minggu..26.11.201..kami sekeluarga telah bertolak ke Ipoh untuk melihat Majlis Tamat Latihan TUDM.Adik saya telah berjaya menamatkan latihan TUDM Selama 6 bulan di situ..Mak saya telah menyewa sebuah van untuk ke sana.walaupun van tuh tak berapa nak bru dan selesa..tapi bawak jelah....mn2 adik beradik yang ada semua pergi kecuali kena tinggal kat rumah sorang untuk jaga rumah..heheheheh...perjalanan lebih kurang 8 jugaklah untuk sampai ke sana..dari rumah kami melalui jalan yang dekat untuk ke Gua Musang, iaitu jalan Tasik Kenyir,Felda Aring..tapi jalan dia..sangat2lah teruk..belum sampai Gua Musang pun dah rasa sakit2 badan..tapi kat Pertengahan jalan tu sempat lagi berhenti tgk Gajah...hehehhehe...sebenarnya kat situ, lupa nm tempat dia..ala2 R&R..blh berhenti makan, ada toilet dan juga Surau...Nabihah suka sgt tgk binatang..tu yang nk tunjuk gajah kat dia tuhh..


saya sorang jer tersengih2...heheheh..mmg i suka senyum..

Jom kita tgk beberapa gambar semasa pertunjukan Tamat Latihan tuhhh...

Sungguh segak masing-masing membuat perbarisan



seronok nabihah dapat main2...walaupun tak tido langsung waktu pagi

sempat ambil gambar dari jauh jer


Selama pertunjukan berlangsung, sangat seronok melihat dan tidak boring untuk terus menunggu sehingga pertunjukan selesai..cuma saya miss sedikit show kerana pergi menukar pampers nabihah..


jom kita tgk beberapa show yang dibuat...
ni namanya tempur tanpa senjata

ni saya lupa nama dia,,yang pntg sangat best

sambil tgk show..agak panas..nabihah sibuk nak main cermin mata saya..nasib baik ade baik yang hitam punya..yang murak takper bagi dia..suka sgt dapat pakai cermin mata hitam

Kumpulan pancaragam ni pun best..

ni baru sedikit yang dapat ambik gambar keluarga2 yang datang..memang dapat feedback yang baik walaupun dari jauh semua datang untuk memberi sokongan kepada anak2




Dah habis show tu barulah dapat berjumpa dgn adik saya..tapi time tuh bateri kamera dah habis, so ambik gambar dengan handphone jelah

Nasib baik pakai baju putih..orangnya dah gelap gelita..hehehehe

tapi nasib baik jugak...nasi disediakan untuk semua yang hadir..takdelah lapar sangat...leps makan dan berehat sekejap kitaorg pun bertolak balik Terengganu..tapi sempat lagi singgah di Cameron Highland..kebetulan waktu cuti sekolah...ramai betul org kat sini..mmg meriah..


Suka bawak nabihah jalan2..tak meragam sgt..sampai pun nabihah kat Cameron

kitaorg keluar dari CH dah pukul 5.20 ptg...Alhamdullilah sampai jugak saya kat Jerteh ni kul 12.00 tgh malam..sepatutnya sampai awal dari tu..tapi oleh kerana malam dan hujan yng lebat..semua tertido..drebar plak tak knl jalan..so sampi kota bharu jadinya...terpaksa pusing semula..kat mn silap saya tak perasan..sedar tak sedar sampai Ketereh sudah..aduhai...apepun Syukur sangat takde ape2 yang buruk sepanjang pejalanan tuhh...

Minggu depan kitaorg akan ke KotA Bharu plak untuk kenduri kahwin...


Thursday, November 25, 2010

Makaroni Bakar


"Dari Aisyah r.ha. berkata, "Rasulullah s.a.w. selama hidupnya tidak pernah makan kenyang dengan tepung (roti) jagung dalam dua hari berturut-turut hingga beliau wafat."
( Hadis riwayat Tirmidzi ). "

selama saya duk kat Terengganu..tak pernah plak dgr nama makanan ni..tapi bila dah sampai Besut ni..menjadi sebutan plak..saya plak tak pnh knl..time2 org duk sembang pasal makanan ni..terpaksa kita dgr jer cause tak pnh tgk..tapi hari tu, adelah opismate (MIA) bawak mkaroni bakar ni.....ermmmm sedap jugak.....banyak kali jugaklah mia ni buat..tapi selalu tak sempat nak g tgk macam mn dia buat..mia ni pandai memasak...macam2 kuih dia buat...saya pun banyak jugak belajar dengan dia...

Kebetulan semalam Nabihah takde kat rumah..sbb maktok dia datang ambik buat balik rumah..so..aku keseorangan lah duk rumah..bosan rasanya..rindu plak pada nabihah walaupun baru beberapa jam tak jupe..hehehheeh...

so, kebetulan yang baik plak..mia pun nak masak makaroni bakar sbb ibu dia ada buat tempahan..haaaa..siap ade tempahan lagi..saya pun ape lagi..melilaulah kat rumah dia mlam tadi sambil2 nak belajar buat makaroni bakar...

jom..kita tgk macam mana mia membuat makaroni bakar..

Bahan-bahannya adalah :

  • Makaroni 300 gram
  • Telur 10 biji
  • Susu cair 1 tin
  • Serbuk kari 2 peket
  • Serbuk lada hitam
  • Keju parut
  • Bawang putih, bawang merah, halia-mayang halus
  • Daging cincang 1 bungkus
  • penambah perisa, gula dan garam


ni adalah bahan-bahannya...

ni bila dah tumis semua bahan hirisan dan juga perencah kari

ni biarkan sampai pekat sikit dan betul2 masak rempah tadi

selepas itu, masukkan susu cair 1 tin..

Kemudian, masukkan makaroni...itu sahaja untuk bahan2 memasak

Kemudian, masukkan dalam loyang, curahkan telur dan cheese ke atas makaroni yang telah siap masak tadi
Masukkan dalam oven selama 45 minit

Nilah rupanya bila dah siap..nmpk macam sedap kan...

Memang sedap pun..haaa ni yang telah siap untuk di makan...

Wednesday, November 24, 2010

AL-Fatihah buat arwah Abg Kusan(Hamidi Hasan)

Sesunggunya Allah jualah yg Maha mengetahui apa yg lebih baik buat hambaNya....

Begitu juga dgn arwah abg Kusan...pagi tadi dalam pukul 3.00pg lbh..saya mendapat satu msg daripada abg Husni mengatakan abg kusan sudah kembali ke Rahmatullah pada pukul 2.59 pagi...Sedih juga mendengar arwah sudahpun pergi...beberapa hari tu saya sudah menerima msg yang mengatakan abg kusan sudah dalam keadaan tenat di hospital Ipoh...saya segera menghubungi kak eda (isterinya) mengatakan saya akan menziarahi abg kusan hujung minggu ni iaitu hari Jumaat atau Sabtu di hsptl Ipoh memandangkan saya akan ke sana untuk melawat adik saya yang akan tamat latihan Tentera Udara..
Terkilan juga tak sempat nak ziarah..arwah mendahului menemui Penciptanya...Apepun saya mendoakan arwah aman Disana.. Lagi mengharukan arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak-anak yang masih kecil....mungkin belum mengerti ke mana ayahnya menghilang...

ape yang saya tahu arwah telah mengihap penyakit Barah Sel Darah(Peringkat 2)..Dulu kak eda ade juga cakap abg Kusan tak sihat dan sakit..tapi saya tak sangka begitu cepat penyakit tersebut merebak..Barah tersebut masih ada dan telah menyerang tisu di dalam bahagian kepala.

Mengimbas semula macam mn saya blh knl arwah abg kusan...arwah adalah antara org yang terawal saya knl ketika mula2 menjejak kaki ke UPM, Serdang..ms tu arwah adalah ketua fasi untuk orientasi saya..sbb tu saya knl..tapi tak sangka plak..sampai ke hari ni saya blh kknl dia..bukan setakat knl tapi knl hati budi dan agak rapat..juga selalu bergurau senda..memandangkan kitaorg satu kelab iaiu Kelab Bimbingan Mahasiswa.

kami selalu membuat program bersama2 dgn brothers dan sisters yang lain...apatah lagi saya agak rapat dgn brothers..antaranya abg najib..abg shahrul..abg malik..abg husny.....abg faisal..alhamdullilah..sampai hari ni pun masih kuat silaturahim dan masih mengetahui khabar masing2...tapi arwah abg Kusan selalu ajuk saya cakap kerana cakap bhs Terengganu..kelakar plak bunyinya kalu arwah ajuk kerana dia pun ade slam cina..saya selalu memmanggilnya abg kusanggg..hehehheheeh


kak eda, isteri arwah juga pnh duduk sekali rumah sewa dgn saya...Memang berat untuk Kak Eda menanggung semua ini..tapi saya percaya kak eda mampu melaluinya...kak eda yang saya knl seorang yang tabah dan kuat berusaha..semoga Allah memudahkan segala urusan kak EDa untuk membesarkan anak-anaknya....

Semoga setiap kematian yang kita tahu akan memberikan kesedaran kepada kita...
Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan para solihin. Al-Fatihah.

Monday, November 22, 2010

Kekecewaan itu Tanda Kasih Sayang

Di sini, saya ingin berkongsi satu artikel yang di tulis oleh DR. AZHAR BIN HAJI SARIP, PERUNDING EMOSI..artikel ini saya baca di Majalah Mingguan Wanita awal November 2010..majalah ni mmg fovurite sayalah..sbbnya isinya agak ringan dan tidak membebankan otak untuk dibaca dan banyak ilmu yang dapat kita perolehi..kerjaya, resepi, artis, kisah masyarakat, kesihataan..dan byk lagilah..kalu nak try..blh lah beli yekk..keluarannya kalu tak silap seminggu sekali..saya pun byk kali miss jugak..kalu sempat saya belilah..kdg2 tak sempat hbs kalu sibuk sgt...

kita kembali kepada tajuk asalnya...kali ni byk tajuk yang menarik perhatian saya..tapi blh lah saya kongsi yang satu ni....sebelum tu..saya nak ucapkan terima kasih kepada pelajar praktikal kat PLPP WILAYAH tIMUR (lily dan hada)kerana menaip artikel ini untuk kita berkongsi sama2..

Saya tertarik kepada tajuk ini kerana kadang-kadang kita tak sedar mengapa kecewa itu datang kepada kita. Kita cuba mengelak tetapi dia datang berlari. Kekecewaan itu lumrah yang perlu kita lalui dan ia adalah tanda bahawa kitaran kebahagiaan kehidupan sudah mula naik ke atas. Apa yang sering melambatkannya untuk naik ke kitaran seterusnya adalah kesalah fahaman seseorang itu tenteng kekecewaan.

Kita jarang sekali melihat bahawa kecewa itu sebenarnya adalah jalan yang membukti kasih sayang Allah S.W.T kepada kita. Mungkin ada yang dengan kenyataan ini namun itulah hakikat sebenarApabila kita kecewa, sebenarnya Allah S.W.T sedang memanggil kita untuk menghampirinya. Masakan tidak,jika selama ini kita selalu alpa akan kewujudan-Nya kini kekecewaan membawa seseorang itu menhampiriNya dengan begitu dekat sekali.

Hanya yang menjadi persoalannya, adakah kita mahu mendekati-Nya atau kita tenggelam dalam kekecewaan yang kita cipta sendiri. Jika kita tenggelam dalam lubuk kecewa, maka kita tidak dapat merasa kasih sayang allah yang sedang menaungi kita.

Kita tenggelam dalam kesibukan mencari jalan kuar kepada masalah dan tanpa sedar kita sudah bertuhankan masalah, bertuhankan kekecewaan. Apabila kita mewujudkan ikatan yang kuat dengan kekecewaan maka kita sebenarnya hanya menambah beban yang tidak seharusnya wujud. Seseorang itu akan semakin terbeben dengan perasaannya.

Jika seseorng itu dapat melihat kekecewaan itu sebagai satu dari tanda-tanda kasih sayang Allah S.W.T maka kekecewaan itu akan pasti lenyap dan kebahagiaan akan mula mengambil tempat. Mungkin ramai yang berkata bahawa cukup senang untuk membuat kenyatan tetapi bagi yang memikulnya, ia tidak mampu memperkatakannya.

Justeru itu, adalah lebih baik untuk kita sama-sama berkongi jalan dan caranya untuk menukarkan kekecewaan daripada hanya membicarakannya secara perasaan.

Pertama, kita perlu memahami dahawa hanya allah S.W.T yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita kerana dia maha mengatur perjalanan hidup setiap hambanya. Maka seandainya kekecewaan sudah mula dirasai kembalilah kepadanya dengan memperkuatkan jiwa dan mental.

Jiwa mampu dikuatkan degan membaca sekurang-kurangnya seratus mambaca ayat suci al-Quran. Seratus ayat yang dibaca itu sebenarnya akan merangsang otak kanan seseorang. Apabila otak kanan menjadi luas penggunaanya maka seseorang itu akan dapat melihat segalanya secara positif. Seseorang ituakan mula malihat jalan keluar yang selama ini yang dicarinya. Selama ini jalan tersebut sudah sememangnya wujud namun dek kerana kita sibuk mencarinya dengan menggunakan otak kiri yang sudak sedia terbeban dengan masalah dan kekecewaan, kita tertutup dari melihat kebaikan kekecewaan serta jalan keluar yang sebenar untuk menggapai kebahagian.

Seterusnya, seseorngan itu perlu meneruskan satu ikatan perasaan baru yang lebih kukuh antara dirinya dan Allah S.W.T. Ikatan yang wujud dari rasa tenang setelah membaca seratus ayat sehari ini perlu disuruh oleh Allah Taala. Hasilnya jika keduanya dapat dilakukan secara tetap untuk dua minggu, tanpa sedar kekecewaan sudah mula luput dari dalam minda yang tinggal hanyalah rasa bahagia dan kini anda akan lebih memahami erti kekecewaan dalam hidup.

Kecewa itu tanda kasih sayang Allah S.W.T dan ingatlah rahmat Allah sentiasa mendahului kemurkaannya. Maka lihatlah kekecewaan itu dengan melihat kurniaan kasih sayang bukan dengan keluh kesah yang membawa derita. Wallahualam

BLH JUGA LAYARAI: http://www.mingguanwanita.com.my/

Sunday, November 21, 2010

ALhamdullilah..niat telah tertunai...

Sebenarnya tahun ni saya ada beberapa hajat yang nak ditunaikan..alhamdullilah sehingga hari ni segala niat sudah tertunai..syukur sangat pada Allah SWT...pertamanya saya dah niat awal2..tapi tak tahu ini nazar atau ke tak..saya niatkan seandainya saya berjaya Menjadi Pegawai Pertanian..saya nak buat kenduri..alhamdullilah..dah tertunai pun...memandangkan kenduri akikah pun saya niat nak buat tahun ni untuk Nabihah..so saya pun buatlah sekali gus skali...sebagai kenduri kesyukuran untuk raya haji tahun 2010 ni..saya pun jemputlah jugak kawan2 terdekat..lagi2 staff TADC cause sebelum dapat kerja baru ni..mmg kerja kat TADC lbh kurang 2 tahun lbh jugaklah..ingatkan nak kongsi kesyukuran ni ngan geng2 TADC..tapi sedihnya sorang jer datang..tapi tak apelah...mungkin masing-masing sibuk dengan urusan masing2..lagipun saya tak cakap nak buat knduri kesyukuran...Kenduri ni pun sebagai kesyukuran besday saya pada 14.11.2010 yang telah jatuh hari ahad..kita raya haji pun hari rabu..dekat2lah tuhh..buat sekali gus lah...hari tu pun buat makan2 sempena besday nabihah..tertunai jugak nak buat..syukur sangat..tapi ada lagi niat nak buat...Insyaallah..kalu ade rezeki akan ku tunaikan lagi...
Lembu yang akan dikorbankan...


Nabihah begitu khusyuk tgk lembu akikah nya

nabihah pun turut dengar sama cara-cara nak niat akikah

berjaya jugak bagi nabihah pakai tudung

Monday, November 8, 2010

Pemergian Nenek

RABU..03.11.2010..BERSAMAAN 26 Zulkaedah 1431..pemergian nenda ke rahmatullah ..saya panggilnya tok..tok perempuan sebelah husband...Al-Fatihah...semoga rohnya aman di sana..amin..

saya terasa jugak kehilangan arwah kerana lepas kawin..memang saya dan suami tinggal dgn arwah..sememangnya kat rumah tu..arwah duk sorang jer..so..saya dan suamilah yang menemaninya..Last saya jumpa dgn arwah pun lupa.. sbbnya..bila saya dah pindah ke jertih..mak mertua plak yang temankan arwah..terkilannya arwah pnh sebut nak datang rumah saya kat jertih ni..tapi tak sempat nak datang..hari yang sepatutnya nak jemput arwah..hari besday nabihah..tapi husband kata..hari tu arwah akan ke Kuantan sbb hantar anaknya nak g ke mekah..

tapi arwah ade kirimkan hadiah untuk nabihah..hadiahnya unik sikit..hehehe..duit syiling yang dibungkus dgn plastik..berapa bungkus kurang pasti..bungkusnya macam bungkus nasi pulut kuning nak buat hantaran..satu lagi pokok puding yang arwah biasa letak dalam air...ade lagi kt rumah ni...walaupun tk sempat nak tgk jenazah terakhirnya....tapi sempat jugak saya ke kuburnya...jenazahnya dikebumikan di Jelutong, Penang..agak jauh ngan rumahnya di Seberang Takir...

Bila tanya dgn maklong..macam mn akhirnya arwah..katanya arwah berakhir atas tikar sejadah sesudah solat subuh..tanpa sakit atau ade tanda ape2pun...sungguh mudah arwah pergi...pengakhiran yg baik...
klau di ingat mmg arwah sangat rajin..walaupun dah agak berumur..tapi masih kuat pergi masjid..kerja-kerja rumah pun semuanya di buat..klau penat sgt jer arwah akan berehat...begitulah arwah...

Semoga setiap kematian yang kita tahu akan memberi keinsafan kepada kita...amin...

ni baru sebahagian anak-anaknya..ade lagi yang tak ade ni..kurng ingt brpe adik beradik semuanya
kubur arwah tok