Monday, December 6, 2010

Ziarah-menziarahi

@@@@@@@
Daripada Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w;
“ Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya”
@@@@@@@

Hari ni dah tertunai pun ape yang di niatkan..memandangkan saya baru menghabiskan kursus seminggu yang lepas, so minggu ni agak kurang busylah..so dah lama nak g menziarahi 2 orang staff yang dah beberapa hari MC disebabkan diserang penyakit kayap dan juga seorang isteri staff saya jugak yang tak sihat. Penyakit kayap ni setahu saya penyakit org lama2..tapi masih ada lagi sekarang ni..jgn ambil mudah dgn penyakit ni..Staff saya ni saya panggil en din..Dia kata kat klinik payah nak bg ubat kayap sbb ubat dia sgt mahal..kat klinik kerajaan pun takder..itupun kna order dulu..dia cakap penyakit ni sakit jugaklah..nak berjalan pun susah..tupun dia berubat kampung guna ubat sejuk..

nilah penyakit kayap

saya pun belum ada pengalaman dgn penyakit ni..mintak dijauhkan..org2 terdekat saya pun belum kena lagi penyakit ni..kayap ni banyak jns..tapi yang org tua cakap yang bahaya adalah kayap ular..bila dah bertemu dgn lilitan..org yang terkena tuh blh mati..sejauh mana kebenarannya saya pun tak tahu..

saya ada jugak surf internet ttg penyakit ni...dan yang ingin saya kongsi ialah kaedah merawat penyakit ini..jom kita baca jap..



Kaedah Pertama:

1. Anda ambil 10 duri pokok kekabu.


Gambar Pokok Kekabu

Gambar Pokok Kekabu - wikipedia.org

2. Lepas tu, asahkan duri itu sehingga terkeluar cecair yang agak pekat. Tadahkannya dalam satu bekas.


Gambar Duri Pokok Kekabu

Gambar Duri Pokok Kekabu - florawww.eeb.uconn.edu



3. Kemudian, sapukan cecair duri pokok kekabu tadi pada bahagian kayap di anggota badan anda.

Buatlah petua ini berulang kali sehingga kayap anda sembuh.


Kaedah Kedua:

1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.

Gambar Keladi Candik (Keladi Merbah)

Gambar Keladi Candik (Keladi Merbah) - smkclifford_lestari @ photobucket.com



2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.

3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.

Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.


Tapi saya rasa ramai yang tak tahu dan tidak mencuba..mungkin payah nak dapatkan pokok tersebut dan juga nak ambil jalan cepat dan senang..makan ubat jer...

Selepas jupe ngan en dia..saya ke Tanjung Demong..rumah sorang lagi staff..saya panggilnyer Haji Zaini...bertanyakan khabar isteri dia..melihat pada zahirnya..isterinya mmg sihat..tapi bila diceritakan sakitnya...memang tak tertanggung..kencing manis, darah tinggi..buah pinggang..jantung,...semua ade..mmg tak blh bergerak aktif..mengharapkan pertolongan anak dan suami untuk meneruskan kehidupan..mujurlah mendapat suami yang penyayang..dan anak2 yang memahami..dahlah anak2 semua lelaki...agak sukar untuk menguruskan kerja2 keperempuanan..heheheh..


nilah hj Zaini dan isterinya(berbaju hitam)

Apepun saya mendoakan semoga Allah sentiasa memberi pertolongan dan sentiasa dipermudaahkan segala urusan kalian..mungkin kali ni giliran mereka..esok lusa..belum tentu lagi hidup kita mcam mn..sedikit sebanyak memberi saya keinsafan ttg diri yang kerdil ini....

2 comments:

  1. ari ni hari mereka, entah bila plak hari kita..

    ReplyDelete
  2. itulh..Semoga Allah memberi kesihatan yang baik pada kitta

    ReplyDelete