Monday, November 14, 2011

SElaMat Hari Lahir kE-29



SELAMAT HARI LAHIR.....
SELAMAT HARI LAHIR...
SELAMAT HARI LAHIR....
SELAMAT HARI LAHIR NOAINI....

HEHEHHEEHHE..rupa-rupanya..hari ni..hari lahir ku yang ke-29..alamak tahun depan dah masuk golongan 30-an...dah tua...

Dah jadi ibu ni..takdelah nak excited sgt nak celebrate besday...tapi kalu sampai besday anak ker..suami ker...excited plak...heheheh...mmg hujung2 tahun berderet2 kena celebrate..bulan 10-kaklong punya besday,11-aku punya besday..12-anniversary plak...heehhehe

hari ni takde masak2 istimewa..kecuali aku masak sendiri ajer..biasalah..kek coklat ajer...potong2 bawak datang pejabat...itu ajerlah..
apepun..aku bersyukur kerana masih lagi berpijak di bumi Allah ni..umur makin bertambah...tempoh hidup aku sudah pastinya makin pendek..aku berdoa semoga ALLah sentiasa memberi hidayah supaya aku sentiasa berada di jalanNYA.

Apatah lagi keluarga ku akan bertambah..semoga aku dapat menjadi ibu yang terbaik dan isteri yang solehah..insyaAllah.....

kepada ibu tersayang..Fatimah binti Jusoh..terima kasih kerana melahirkanku..dan memberi didikan sehingga aku ke tahap ini sekarang....



heheheheh...kek yang sgt simple...

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.





No comments:

Post a Comment