Monday, November 22, 2010

Kekecewaan itu Tanda Kasih Sayang

Di sini, saya ingin berkongsi satu artikel yang di tulis oleh DR. AZHAR BIN HAJI SARIP, PERUNDING EMOSI..artikel ini saya baca di Majalah Mingguan Wanita awal November 2010..majalah ni mmg fovurite sayalah..sbbnya isinya agak ringan dan tidak membebankan otak untuk dibaca dan banyak ilmu yang dapat kita perolehi..kerjaya, resepi, artis, kisah masyarakat, kesihataan..dan byk lagilah..kalu nak try..blh lah beli yekk..keluarannya kalu tak silap seminggu sekali..saya pun byk kali miss jugak..kalu sempat saya belilah..kdg2 tak sempat hbs kalu sibuk sgt...

kita kembali kepada tajuk asalnya...kali ni byk tajuk yang menarik perhatian saya..tapi blh lah saya kongsi yang satu ni....sebelum tu..saya nak ucapkan terima kasih kepada pelajar praktikal kat PLPP WILAYAH tIMUR (lily dan hada)kerana menaip artikel ini untuk kita berkongsi sama2..

Saya tertarik kepada tajuk ini kerana kadang-kadang kita tak sedar mengapa kecewa itu datang kepada kita. Kita cuba mengelak tetapi dia datang berlari. Kekecewaan itu lumrah yang perlu kita lalui dan ia adalah tanda bahawa kitaran kebahagiaan kehidupan sudah mula naik ke atas. Apa yang sering melambatkannya untuk naik ke kitaran seterusnya adalah kesalah fahaman seseorang itu tenteng kekecewaan.

Kita jarang sekali melihat bahawa kecewa itu sebenarnya adalah jalan yang membukti kasih sayang Allah S.W.T kepada kita. Mungkin ada yang dengan kenyataan ini namun itulah hakikat sebenarApabila kita kecewa, sebenarnya Allah S.W.T sedang memanggil kita untuk menghampirinya. Masakan tidak,jika selama ini kita selalu alpa akan kewujudan-Nya kini kekecewaan membawa seseorang itu menhampiriNya dengan begitu dekat sekali.

Hanya yang menjadi persoalannya, adakah kita mahu mendekati-Nya atau kita tenggelam dalam kekecewaan yang kita cipta sendiri. Jika kita tenggelam dalam lubuk kecewa, maka kita tidak dapat merasa kasih sayang allah yang sedang menaungi kita.

Kita tenggelam dalam kesibukan mencari jalan kuar kepada masalah dan tanpa sedar kita sudah bertuhankan masalah, bertuhankan kekecewaan. Apabila kita mewujudkan ikatan yang kuat dengan kekecewaan maka kita sebenarnya hanya menambah beban yang tidak seharusnya wujud. Seseorang itu akan semakin terbeben dengan perasaannya.

Jika seseorng itu dapat melihat kekecewaan itu sebagai satu dari tanda-tanda kasih sayang Allah S.W.T maka kekecewaan itu akan pasti lenyap dan kebahagiaan akan mula mengambil tempat. Mungkin ramai yang berkata bahawa cukup senang untuk membuat kenyatan tetapi bagi yang memikulnya, ia tidak mampu memperkatakannya.

Justeru itu, adalah lebih baik untuk kita sama-sama berkongi jalan dan caranya untuk menukarkan kekecewaan daripada hanya membicarakannya secara perasaan.

Pertama, kita perlu memahami dahawa hanya allah S.W.T yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita kerana dia maha mengatur perjalanan hidup setiap hambanya. Maka seandainya kekecewaan sudah mula dirasai kembalilah kepadanya dengan memperkuatkan jiwa dan mental.

Jiwa mampu dikuatkan degan membaca sekurang-kurangnya seratus mambaca ayat suci al-Quran. Seratus ayat yang dibaca itu sebenarnya akan merangsang otak kanan seseorang. Apabila otak kanan menjadi luas penggunaanya maka seseorang itu akan dapat melihat segalanya secara positif. Seseorang ituakan mula malihat jalan keluar yang selama ini yang dicarinya. Selama ini jalan tersebut sudah sememangnya wujud namun dek kerana kita sibuk mencarinya dengan menggunakan otak kiri yang sudak sedia terbeban dengan masalah dan kekecewaan, kita tertutup dari melihat kebaikan kekecewaan serta jalan keluar yang sebenar untuk menggapai kebahagian.

Seterusnya, seseorngan itu perlu meneruskan satu ikatan perasaan baru yang lebih kukuh antara dirinya dan Allah S.W.T. Ikatan yang wujud dari rasa tenang setelah membaca seratus ayat sehari ini perlu disuruh oleh Allah Taala. Hasilnya jika keduanya dapat dilakukan secara tetap untuk dua minggu, tanpa sedar kekecewaan sudah mula luput dari dalam minda yang tinggal hanyalah rasa bahagia dan kini anda akan lebih memahami erti kekecewaan dalam hidup.

Kecewa itu tanda kasih sayang Allah S.W.T dan ingatlah rahmat Allah sentiasa mendahului kemurkaannya. Maka lihatlah kekecewaan itu dengan melihat kurniaan kasih sayang bukan dengan keluh kesah yang membawa derita. Wallahualam

BLH JUGA LAYARAI: http://www.mingguanwanita.com.my/

No comments:

Post a Comment