Monday, January 31, 2011

Budaya Membaca

Budaya membaca bermaksud amalan membaca pelbagai jenis buku, sama ada buku ilmiah,buku pengetahuan umum,majalah hiburan,komik,suratkhabar dan seumpamanya.Apa-apa pun bahan yang dibaca,yang penting boleh mendatangkan manfaat,sama ada dari segi pengetahuan,hiburan,meningkatkan penguasaan bahasa dan sumber maklumat.


ni artikel saya dapat dalam satu blog yang lain lah....

kita baca jap yg ini...

Baru-baru ini, terdapat kenyataan bahawa berdasarkan kajian Dewan Industri Buku Melayu Malaysia pada tahun lalu, rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM1 bilion setahun untuk membeli buku.

Ia satu jumlah yang agak besar. Tetapi kalau diambil kira jumlah keluarga di Malaysia, secara puratanya setiap keluarga di negara ini hanya membelanjakan RM50 setahun untuk membeli buku.

RM 50 setahun sahaja… Bagi saya ia satu jumlah yang masih kecil. Bagaimana pula dengan jumlah bacaan rakyat negara kita dalam satu hari?

Hasil ‘Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia’ yang dibuat oleh Perpustakaan Negara pada 1996 merumuskan secara amnya rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku sepanjang tahun. Kajian ini juga mendapati, bahan bacaan yang paling digemari ialah komik, diikuti majalah, buku dan surat khabar. Satu statistik yang amat memeranjatkan!!

Hasil kajian ini mendedahkan bahawa budaya membaca rakyat negara kita jauh masih ketinggalan berbanding negara-negara maju lain.

Sebagai orang Islam, kita mesti peka dengan kekurangan ini. Kerana Islam menggalakkan mencari ilmu, dan mewujudkan budaya membaca. Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah: “Bacalah…”.

Sejarah kehidupan sarjana awal Islam mendedahkan mereka adalah masyarakat yang banyak membaca.

cuba kita renungkan tokoh-tokoh ilmuan ini :

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (wafat: 852H) ketika berada di Syam dalam ekspedisi ilmunya, mampu membaca kitab hadis ‘Mukjam Saghir’ karya Imam Tabarani dalam masa beberapa jam, antara waktu Zohor dan Asar. Kitab tersebut mengandungi lebih seribu hadis.

Fairuz Abadi (wafat: 817H) dalam pengembaraan ilmunya ke Damsyiq pernah menghabiskan bacaan kitab Sahih Muslim dalam masa tiga hari sahaja. Hadis-hadis dalam Sahih Muslim mencapai angka 7,000 hadis.

Imam Syafie (wafat: 204H) dikatakan apabila beliau membaca satu-satu kitab, ketika membaca muka surat sebelah kanan, beliau akan menutup muka surat sebelah kiri dengan tangannya. Apabila membaca muka surat sebelah kiri, beliau menutup muka surat sebelah kanan dengan tangannya. Tujuannya untuk menghadkan penglihatan matanya supaya tidak terlalu cepat membaca.


Dan dengan sebab itu juga saya juga telah mengambil langkah2 budaya membaca ini:

saya mulakan dengan setiap bulan saya akan membeli sebuah atau 2 buah buku untuk koleksi di rumah saya:


ni majalah sentiasa ada kat rumah...

ni bulan 1 2011, saya beli

yang ni bulan 12 2010..saya beli sebuah jer..seronok jugak buku nii


yang ni bulan 1 2011, baru jer beli..buku ni pun best..betul2 merawat hati...


haaaap..BUKU ni bulan 11 2010,saya beli walaupun buku masak2, tapi tetap bolehdibaca..walaupun tak cuba..tapi saya dah cuba...


Buku2 untuk nabihah pun dah dibeli..buku gambar2 lah...

kalu tak ibubapa yang mulakan..siapa lagi nak mulakanyya...

hasrat saya kalu dah ada rumah nnti, akan saya jadikan ruang membaca seperti di library..insyaALLahhh.....


Kesimpulannya,hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.Jika masyarakat mempunyai kesedaran terhadap pentingnya amalan membaca,tidak mustahil bangsa Malaysia akan menjadi bangsa yang terkenal rajin dan suka membaca, seperti masyarakat Jepun.Oleh itu,menjadi tugas semua warga Malaysia untuk memartabatkan budaya membaca sebagai amalan hidup kita setiap hari.

Wednesday, January 26, 2011

Kopi harian

Salam...dan selamat pagi..
Dah minum pagi ker..minum apa...hihihi..sebenarnya kali ni saya nak kongsi bab kopi..

Maklumlah sekarang banyak sgt kopi Pracampuran yang ada kat pasaran..dah terlalu banyak..sampai tak terkejar yang mn baru yg mn lama..
Tapi sebelum tu..saya cerita dulu tentang kopi radix....ini yang saya cerita setakat yang saya gunalah..kalu nak tahu byk2..blhlah surf kopi radix ataupun HPA

Saya ni penggemar kopi jugaklah..nak kata penggemar..tak jugak..tapi suka cuba2lah..lagi2 kalu ada org promote..mn yg dikata sedap..mulalah saya nak cuba..kalu tak cuba kat kedai kopi..saya langsung beli sekotak..hehhee..
Rasanya tiap2 bulan mmg saya suka tukar2 kopi pracampuran kat rumah..macam2..tapi kalau kopi radix ni..tak pernah takde kat rumah saya..sbbnya saya rasa ianya sesuai bila2 masa, di mana saja dan peringkat usia mana..baby tak tahulah..

Kalu dulu saya selalu pening kepala..ubatnya panadol...tapi sekarang cukup saja minum kopi radix..insyaallah setakat ni saya akan rasa segar badan..begitu juga kalu g mn2 yang berjauhan dari rumah kalu tak bawa bekal radix..terpaksalah beli kat kedai..mahal sikitlah..
Biasanya saya beli dgn harga ahli yang Jumbo punya..32 Sachet..RM28.Kalu minum kat kedai rasanya RM1.50-1.80. Sekarang pun saya selalu beli untuk ayah kat kampong..

Walaupun dia kopi,tapi sangat sesuai untuk ibu2 mengandung..itu maklumat yang saya dapatlah..blum try lagi...sapa yang beli cuba..silalah cuba..mai secawan..

nak tahu ape kat dalam kopi tuhh...

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).

Kita tgk,,apa kopi2 yang saya sudah cuba..


Kopi ni bagi saya tak best sgtlah..cukuplah rasa sekali..tak mau lagiii..pendapat lidah sayalah

nilah kopi radix ni..yang saya wal-wal kan..jgn tak cuba yekk

First time rasa kopi ni kat kantin Menara Permint, time kerja kat TADC..sgt sedap..tapi sekarang rasa sgt hamis..rasa sgt kambing dia..ada lagi kat rumah..bli satu bungkus..sampai sekarang tak hbs2 lagi

radix koko nipun keluaran HPA..sangat sedap..
ni keluaran CNI..agak lama jugak jenama ni..walaupun untuk lelaki,saya pnh cuba..boleh tahan jugak

samalah keluaran CNI, sgt2 sedap
tok guru ni nk kata sedap sgt..tak jugak..blh lah minum..

Gano ni..agak lama jugak jenama ni...agak pahit rasanya..tapi blh minum lagilah,,..

Red Guara ni keluaran DCL..jugak sedap..saya pun selalu bli jugaklah

NI pun CNI jugak..yang ni kuat bau dia..sedaplah

yang ni pun sama sedap...

Biocafe tak sedap sgt..

Cengkudu ni..lama jugaklah..pahit sikit..keluaran SURECO

vIKOF ni langsung tak sedap..1 cawan minum pun tak hbs

yang keluaran FAMA..tak berapa hummmmmpppp

yang ni pun HPA..blh lah wat tahan lapar..

YAng ni agak baru keluaran SMARTHERBS..husband cakap tak sedap

kacip ni blh tahan jugak
Add Image
yang Barley ni blh tahan..SEDAP..LAIn sikit rasanya...

semua gambar ni saya ambil kat internet sebabnya kat rumah tinggal plastiknya ajer....

Tuesday, January 25, 2011

Cabaran Baru

Salam..ermmm dah lama tak update blog ni..maklumlah agak sibuk plak awal2 tahun ni...benda lain tak sibuk sgt..tapi kerjalah yang sibuk sikit...kerja ni nak cakap..tak banyak jugak..tapi dah 2 minggu berturut2..hari2 meeting..fuhhhhhhhhhhhh..penat jugak walaupun tak angkat barang2 berat .sakit otak lah...memandangkan peruntukan kerjaan kepada jabatan tahun ni mmg sgt2 menyakitkan..tapi kerja harus diteruskan tanpa budget..kira hutang dululah mn yang penting..

Nak kata jabatan kena mintak sedekah..teruk sgt statement tuhh..fikir2kan lah masing2 yek..kenapa begitu teruk kewangan Negara Malaysia kini.

Kiranya saya ni baru nak hampir setahun kerja kat jabatan kerajaan nii..tapi dah rasa kesakitan tak cukup duit ni..hari tu kerja bukan kerajaan..best jer..tiap2 tahun dapat bonus..tapi kali ni..dgr2 jelah org2 swasta dapat bonus..jeles kannnnnnnnnn...nak buat camner..dah rezeki masing2..

Tapi tahun ni..walaupun takde budget..saya punya pengarah bg jugak saya projek..Projeknya hutan balak yang kurang tebalnya..tapi bermacam2 binatang buas kat dalam tuhhh..nak jadikan hutan tuhh sebagai hutan rekreasi dan juga projek herbaratum..ala2 macam taman herba kat SEKAYU tuhh..macam tulah..insyaALLAH..blh buat..tapi $$$$$$$$$$$$$$$..mn nak dapat...mmg saya suka cabaran2 cam ni..tapi kalu takder duit...tak bestlah wat kerjakan...

Dulu time kerja dgn TADC..cabarannya membuka projek jagung...walaupun pahit tapi manisnya dapat dirasai sampai sekarang....bukan manis jagung tuuu..tapi kenangan tuhhhh....

Walaumacam mnpun...insyaallah..akan saya usahakan..lagipun saya dah dapatkan khidmat nasihat Jabatan Perhutanan..rasanya perhutanan sangat pakar bab2 membangunkan hutan-hutan terbiar ni...

Dilain episode saya akan cerita lagi..tentang perkembangan projek ini...heheheh...

Tuesday, January 11, 2011

Percutian Yang Menyeronokkan

Salam..sebenarnya kali ni saya nak cerita tentang percutian pertama saya..sejak kawin sehinggalah ada Nabihah..inilah percutian yang sangat menyeronokkan saya..maklumlah bersama dengan org2 yang tersayang..hehehehe..mulanya takdelah rancang begitu rapi nak g mn2..tapi dah lama teringin nak g Melaka..memandangkan saya ada cuti ganti selama 3 hari..dan kebetulan pula dapat cuti sempena menang bola sepak hari tu..saya pun ambil kesempatan ni pergi bercuti..kebetulan jugak hari tu kat Terengganu ni hujan jer memanjang..

So,destinasi pertama kitaorg adalah menuju ke Melaka…Bertolak dari Terengganu lbh kurang pukul 9.30 pg…melalui jalan ke Segamat kitaorg ke Melaka..lbh kurang kul 5.00 ptg..barulah smpai Melaka.Itupun banyak kali jugaklah berhenti..maklumlah si comel ni cepat boring duk dalam kete lama2..

Sebenarnya saya dan suami tak berapa fasih tntg jaln2 kat melaka ni….so kitaorg pakai redah jelah..sampai kat Melaka..kitaorg mencari hotel terlbih dhulu..maklumlah penat sangat..heheeh..banyak kali pusing jugaklah..baru jumpa hotel..tapi alhamdulliah..dapat hotel yang berpatutan..kiranya..hotel ni yang ke 4 kitaorg cari….nama hotel tu Hallmark..sgt2 best duk hotel tu..Harga satu malam RM98..Skali ngan breakfast..ade wireless..blik..fuhhhh..cantik gila..siap ada ubat dan berus gigi lagi..hahahha

Bincang punya bincang..so malam tu kitaorg kuar nak cari GPS..tanya pada org hotel camner nak g Mahkota Parade…Laa..rupanya dekat jer..plak tu..asyik2 jupa hotel jer..tadi bukan main susah nak cari…

Tapi sebesar2 Mahkota Parade tu..kitaorg jupe 2 butir ajer GPS…ADUHAIIIIIIIIIIII…..nak kata BANDARAYA camner nii…nak tak nak belilah..plak tu yang lama punyalah Saya rasa..nk cari jalan pun agak susah…

So..kita tgk ajer beberapa gambar….mana kitaorg g kat Melaka nii..


makan ikan bakar kat umbai..padahal ikan panggang jer..hahahah

ni kat taman bunga


ni nabihah ngan payungnyer yang comel


ni kapal terbang kat muzium..

kat sini ala2 naik bom penambang lah..sekali naik sorang rm10 ke 20 erkk..lupa lak..

sempat ambik gambar jelah..tak sempat nak naik..dah tutup

ni kapal besar kat melaka..

nilah hotel kita org chek in yang pertama--best hotel ni

So hari ketiga.kitaorg dah Kuala Lumpur..semalamnya kita org chek in kat Hotel elegant Inn…Kat2 ngan Putra..hotel ni agak hampeh sikit..Harga 1 malam RM 85..Bilik kecil ajer, Heater, tak blh guna, kesian nbihah, sampai ketar2 mandi pagi..toilet pun flash tak blh guna.cadangnya pagi nk g IKEA..tApi rasanya dah jauh,sbb paln pagi ni jugak nk g ZOO NEGARA..bawa nabihah tgk binatang..lagipun dah otw balik ke TERENGGANU..


Kita layan palk photo2 kat sana…lama jugak kat Zoo ni..



nilah hotel yang tak berapa best tuhhh







Otw balik jugak tiba2 tgk signboard Genting highland..langsung kitaorg naik jap..jap tak kejap jugak lh..satu malam jugaklah..hehehhehe..kitaorg pun tak dating bersama lagi kat sini…hotel pun tk tahu yg mn elok ke tak..pusing2..kena jugaklh duk Hotel Theme Park..Satu malam..RM200..fuhhhhhhhhhhhhhh……memandangkan ini pertama kali bercuti..dan kadang2 ajer..kira pejam mata ajerlah…lepas chekin..trus g main..tapi tak blh main belaka cause nabihah kecik lagi..org pun ramai…

Layan gambar ajelah…









Plannyer, esok nak naik cabler car, bila dah tepun information..kecewanya..kereta kabel ditutup mulai esok..hinggalah 26hb 1 2011 ni…kecewa jugak…so awal2 lagi kitaorg dah checkout dah trus balik Terengganu..tak singgah mn2 dah..baju pun cukup2 pakai ajer..kalau singgah mn2 lagi..memang, takde bajulah…

So, kesimpulannya…pergilah bercuti untuk mengeratkan silaturahim dan kasih sayang…pah balik kan..kira2…Kuala Terengganu - Melaka-muar-zoo Negara-genting highland-Kt..hbs jugaklah dalam RM1000..Termasuk makan, hotel, tol,beli2..semualah…kitaorg punya kurang beberapa ringgit shj nak sampai 1K..so lain kali kenalah menyimpan awal2 kalu nak g jalan2…