Wednesday, December 29, 2010

Pemergian moyang ke Rahmatullah

Salam semua kepada sahabat...

"sesungguhnya mati itu pasti datang"

tergiang2 lagu kembali..nyanyian Far east..selimut putih..nyanyian hijjaz..

khamis lalu, 23.12.2010..kebetulan hari tu saya agak sibuk sikit..handphone memang tak tahu duk kat mn..yang dikejar agar kerja yang disasarkan siap secepat mungkin..tengahari tu saya mengisi borang nak ke Pejabat Tanah Dan galian Kuala Terengganu....bila dah panaskan enjin kereta, tgklah jugak sekali hp..kut2 ade msg penting..terpapar kat situ 9 misscall..dari mak..macam urgent jer.. saya pun call balik...mak bagi tahu tok nyang(moyang-mak pada neneklah) dah takder...

niat nak g pejabat tanah terpaksa dibatalkan..sempat lagi nak tgk jenazah arwah sbb duk sebelah rumah ajer..lagipun arwah dah lama sakit..bertahun-tahun dah..terbaring jer...

satu jam lebih saya pun sampai kat rumah kat kg..terus pergi rumah tok wan..saya tengok jenazah belum lagi dimandikan..dah lama tak tgk orang menguruskan jenazah..lama tak lama..rasanya bertahun2..time2 sekolah dulu..mungkin..tapi agak lama tak ingt macam mn caranya

mungkin inilah peluang saya nak tgk dari awal hingga akhir sebab orang terdekatkan...
barulah saya tahu daun ape orang gunakan untuk mandikan mayat.orang kampung panggil daun bendera..payah jugak nak cari daun tu..

tapi time mandi,saya tak sempat tengok kerana hanya 2-3 orang saja yang boleh tgk..lama jugak dia mandikan..pah tu diaorang kapankan...jauh disudut hati..macam mn lah kalu aku mati..mula rasa takut datang..

saya tgk urusan semua tu dari jarak dekat..time dah siap,sayalah orang pertama mencium jenazah.wangi sangat..tak tahu diaorg guna ape..air mawar kut...tapi saya tak pergi tgk time dikebumikan..mungkin faktor cuaca saya tak pergi...

semoga arwah ditempatkan di tempat orang2 yang beriman...aminnnn


Wednesday, December 15, 2010

Surat Pertukaran ku....

alkisah satu cerita...pak pandir dan mak mandir..heheheh takdelah..

sedih jugak hari ni,pagi tadi masuk bilik...terpandang satu surat yang agak di tunggu-tunggulah..
tajuk nya..jeng-jeng-jeng..

PERMOHONAN PERTUKARAN TEMPAT BERTUGAS KE JABATAN PERTANIAN DAERAH KUALA TERENGGANU..

sebenarnya saya ada hantar surat memohon bertukar ke KT..memandangkan nabihah agak sunyi kat sini..berjauhan ngan abah dia...

tapi hari ni, surat tu dibalas...menyatakan..


"
"permohonan pertukaraan tuan telah pun diambil perhatian dan direkodkan. Walaubagaimanapun, pertukaran tuan akan dipertimbngkan apabila adanya kekosongan dan pengganti untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut"

sedih membaca..kalau dah gitu katanya mmg payahlah aku nk tukar..Hanya kuasa ALLAH sahaja yang dapat mengubahnya..
insyaALLAH mungkin dengan berkat doaku..segala urusan dimudahkan..
amin...

Thursday, December 9, 2010

Air Massager

Tersebutlah kisah...tgh hari tadi..tetiba ada staff panggil katanya ada orang nak jupe..
saya pun dengan tak tahu perasaan ape..pergilah kat dpn...ermmmm..ingtkan org yang dikenali..rupanya..tak dikenali..jurujual..malas betul nak layan..dgr plak..time2 duit agak terhad..tapi terus tak lri..dgr dlu..budak tu pllak friendly...hehehhe..di tambah plak staff kat sini (kak ani)mmg minat dgn barang2 ni...budak tu baru 5 minit kat sini macam staff kat sini plak..layan jerlah...

ceritanya dia bawak barang ni haaa...
mmg jns2 macam ni byk org pakai sekarang.,zaman orang malas nak bersenam termasuk sayalah..hehehehhe....tapi harga ni tak semahal barang2 Ogawa dan sewaktu dgnnyalah...baru nak testing market..tapi dah dapat sambutan hangat..kata budak jurujual tulah...kat hospital pun ramai org beli...harga promosi RM 39.90

barangnyer simpler jer...katanya mmg untuk pengaliran darah mn2 yang tersumbat dan hilangkan lenguh..tapi time tu dia bawak yang untuk dicubapakailah...try2..best jugak..fikir2 duit tgh berkurangan ni...fikir2 dulu..lama jugak budak tu kat sini..yang bestnya dia pakai bateri jer..blh tahan sebulan setengah..tapi kalu dalam kereta blh pakai yang usb..bateri kna bli sendirilah..satu lagi dia bg pam..nak kempis atau kembung..suka hati kitalah...

Kak ani plak mmg suka menjual barang2..bertemu gu lah..last2 kak ani beli 12 kotak percuma satu..saya pun terbeli jugak lah..bli skali ngan kak anilah...

tak tahulah setakat mn keberkesanannya...try dululah pakai..kata jurujual tuhh kalu kat KB MALL hRga dia RM89..ntah betul ke akk..nnti nk g KB MALL jap..hehehheh..

barang ni blh bawak g mana2..tgh driver elok dipakai..kat ofis pun blh pakai..maccam saya buat tuhhh..kat kaki..kat mn2 bahagian blh letak..


nilah rupanya barang tersebut..jenamanya pun blum dikenali lagi...

SeLAmAT tAHUN bARU mAAL-hIJRAH 1432


Alhamdullilah ...sEDAr Tah Sedar..kita dah pun masuk tahun baru islam..tapi tidak sehangat tahun baru org omputih....Dunia semakin tua..dan hampir ke akhirNya..kita masih menanti tiupan sangkakala..tapi belum bersedia dengan amalan yang banyak dan mulia..masyaALLah..

Didalam tahun baru hijriah ini selayaknya, kita sebagai muslim yang taat, muhasabah diri dengan semua apa-apa yang telah kita perbuat. Dan memilih semua bentuk amalan yang baik untuk tetap kita pertahankan dan kita tingkatkan amalan yang baik untuk kita kerjakan. Dan meninggalkan semua perbuatan yang tidak bermanfaat, baik untuk diri kita ataupun orang sekitar kita.

Kita sudah pun memasuki tahun baru islam, tepatnya kita akan memasuki bulan Muharram.


Didalam tahun baru ini, kita senantiasa berusaha untuK menjadi hamba Allah SWT yang taat akan perintahnya, dengan menjalankan semua kewajiban dan menjauhi segala larangannya. Dan bukankah Allah SWT telah berfirman bahwa manusia adalah hambanya yang memiliki tugas untuk beribadah. Kalaulah ditahun-tahun lalu kita masih sering melakukan berbagai kekurangan, maka marilah kita kejar kekurangan-kekurangan itu dengan semangat memperbaiki diri menuju kesempurnaan, baik itu dalam beribadah, bekerja, bermasyarakat, dan bersuka2.

Dan jika dimasa-masa lalu masih banyak berbagai kemaksiatan yang kita lakukan, maka marilah kita ganti kemaksiatan itu dengan mempErbanyakkan amalan-amalan soleh. Bila lagi kita nak memperbaiki diri, kalau bukan dimulai dari sekarang? Dan pantaskah kita menundanya? Padahal kita tidak tahu bila kehidpan didunia ini berakhir?. Dan juga ingatlah!.......bahwa Allah SWT tidak menjadikan kehidupan didunia ini abadi, firmannya dalam Alquran, surah Al-anbya 34-35 :


Artinya : Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu Muhammad, maka jika kalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap bernyawa akan merasakan mati, kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kepada kamilah kamu sekalian dikembalikan. Ayat diatas sungguh sangat jelas menerangkan, bahwa kehidupan didunia ini tidak kekal, dan semua yang bernyawa pasti akan merasakan kematian.



Oleh sebab itu marilah kita isi hidup kta ini dengan memperbanyak amalan soleh, belajar dengan rajin, bekerja dengan ikhlas, dan beribadah dengan hanya mengharap ridha Allah SWT semata2. Sekarang kita masih hidup, tetapi siapa tahu besok pagi kita akan mati. Sekarang kita masih dapat menikmati tahun baru hijrah, tetapi siapa tahu tahun depan kita akan mati.
Adalah satu riwayat yang menceritakan tentang anak Umar bin Khatab, kembali pulang dari sekolahnya sambil menghitung tambalan-tambalan yang melekat dibajunya yang sudah usang dan KOTOR. Dengan rasa kasihan umar sang Amirul muKminin sebagai ayahnya mengirim sepucuk surat kepada bendaharawan negara, yang isinya minta agar beliau diberi pinjaman uang sebanyak 4 dirham, dengan jaminan gajinya bulan depan supaya dipotong. Kemudian bendaharawan itu mengirim surat balasan kepada umar, yang isinya demikian : wahai umar adakah engkau telah dapat memastikan bahwa engkau akan hidup sampai bulan depan?, Bagaimana kalau engkau mati sebelum melunasi hutangmu? Membaca surat bendaharawan itu, maka seketika itu juga umar tersungkur menangis, lalu beliau menasehati anakanya dan berkata : Wahai anaku, berangkatlah kesekolah dengan baju usangmu itu sebagaimana biasanya, karna akau tidak dapat memperhatikan umurku walaupun untuk satu jam. Sungguh, batasan umur manusia tidak ada yang mengetahuinya, kecuali hanya Allah SWT semata.

Oleh kErAna keterbatasan tersebut, dan kERAna rahsia Allah SWT semata2, maka marilah kita pergunakan kesempatan hidup ini dengan meningkatkan taqwa kita kepadanya dan menambah semangat beramal ibadah yang lebih besar lagi. Kembali kepada masalah diri dalam menyambut tahun baru hijrah INI, adalah sangat-sangat perlu bagi kita untuk mENCERminkan diri, menilai dan menimbang amalan-amalan yang telah kita perbuat, penilaian dan penimbangan ini bukan hanya untuk mengetahui seberapa besar perbuatan kita.

Tapi itu semua dilakukan untuk mengendalikan semua bentuk amalan perbuatan yang hendak kita lakukan dengan penuh pikiran, pertimbangan, dan pertanggung jawaban. Sebab dan terkadang manusia yang tidak pernah bercermin diri bagaikan binatang liar yang terlepas dari jeratan, ia akan berlari dengan sekencang-kencangnya dan melompat dengan sekuat tenaga tanpa menghiraukan kalau itu akan mebahayakannya kembali. Manusia yang demikian akan berbuat sekehendak hatinya, tanpa berpikir dan pertimbangan, yang pada akhirnya ia akan terjatuh ditempat yang sama dan meratapi perbuatannya dengan berulang-lang kali, sungguh malang nasibnya jika setiap tahun ia harus terjatuh dan terjatuh lagi ditempat yang sama.


Oleh sebab itu berbahagialah bagi mereka yang memperoleh nikmat umur yang panjang dan mengisinya dengan amalan-amalan yang baik dan perbuatan-perbuatan yang bijak. Rasulullah SAW bersabda :


Artinya : Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya ( HR Ahmad)Adalah suatu tindakan yang bijak, jika manusia berbuat salah kemudian ia sedar dan memperbaiki kesalahannya dengan berbuat amalan yang baik dengan komitmen tidak akan mengulangi kesalahannya itu.


Hidup manusia semakin hari semakin berkurang, maka layaknya manusia yang taat pada Allah haruslah ia mempergunakan kesempatan hidupnya didunia ini dengan sebaik mungkin. Kerana memang ajal manusia rahsia Allah, dan jarum jam tidak akan pernah berbalik arah sudah sepantasnya manusia itu memperbaiki diri..


SEMOGA KITA SAMA-SAMA MEMPERBAIKI DIRI UNTUK MENDAPAT MARKAH YANG PALING TINGGI DI AKHIRAT..AMIN...

Monday, December 6, 2010

Ziarah-menziarahi

@@@@@@@
Daripada Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w;
“ Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya”
@@@@@@@

Hari ni dah tertunai pun ape yang di niatkan..memandangkan saya baru menghabiskan kursus seminggu yang lepas, so minggu ni agak kurang busylah..so dah lama nak g menziarahi 2 orang staff yang dah beberapa hari MC disebabkan diserang penyakit kayap dan juga seorang isteri staff saya jugak yang tak sihat. Penyakit kayap ni setahu saya penyakit org lama2..tapi masih ada lagi sekarang ni..jgn ambil mudah dgn penyakit ni..Staff saya ni saya panggil en din..Dia kata kat klinik payah nak bg ubat kayap sbb ubat dia sgt mahal..kat klinik kerajaan pun takder..itupun kna order dulu..dia cakap penyakit ni sakit jugaklah..nak berjalan pun susah..tupun dia berubat kampung guna ubat sejuk..

nilah penyakit kayap

saya pun belum ada pengalaman dgn penyakit ni..mintak dijauhkan..org2 terdekat saya pun belum kena lagi penyakit ni..kayap ni banyak jns..tapi yang org tua cakap yang bahaya adalah kayap ular..bila dah bertemu dgn lilitan..org yang terkena tuh blh mati..sejauh mana kebenarannya saya pun tak tahu..

saya ada jugak surf internet ttg penyakit ni...dan yang ingin saya kongsi ialah kaedah merawat penyakit ini..jom kita baca jap..



Kaedah Pertama:

1. Anda ambil 10 duri pokok kekabu.


Gambar Pokok Kekabu

Gambar Pokok Kekabu - wikipedia.org

2. Lepas tu, asahkan duri itu sehingga terkeluar cecair yang agak pekat. Tadahkannya dalam satu bekas.


Gambar Duri Pokok Kekabu

Gambar Duri Pokok Kekabu - florawww.eeb.uconn.edu



3. Kemudian, sapukan cecair duri pokok kekabu tadi pada bahagian kayap di anggota badan anda.

Buatlah petua ini berulang kali sehingga kayap anda sembuh.


Kaedah Kedua:

1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.

Gambar Keladi Candik (Keladi Merbah)

Gambar Keladi Candik (Keladi Merbah) - smkclifford_lestari @ photobucket.com



2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.

3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.

Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.


Tapi saya rasa ramai yang tak tahu dan tidak mencuba..mungkin payah nak dapatkan pokok tersebut dan juga nak ambil jalan cepat dan senang..makan ubat jer...

Selepas jupe ngan en dia..saya ke Tanjung Demong..rumah sorang lagi staff..saya panggilnyer Haji Zaini...bertanyakan khabar isteri dia..melihat pada zahirnya..isterinya mmg sihat..tapi bila diceritakan sakitnya...memang tak tertanggung..kencing manis, darah tinggi..buah pinggang..jantung,...semua ade..mmg tak blh bergerak aktif..mengharapkan pertolongan anak dan suami untuk meneruskan kehidupan..mujurlah mendapat suami yang penyayang..dan anak2 yang memahami..dahlah anak2 semua lelaki...agak sukar untuk menguruskan kerja2 keperempuanan..heheheh..


nilah hj Zaini dan isterinya(berbaju hitam)

Apepun saya mendoakan semoga Allah sentiasa memberi pertolongan dan sentiasa dipermudaahkan segala urusan kalian..mungkin kali ni giliran mereka..esok lusa..belum tentu lagi hidup kita mcam mn..sedikit sebanyak memberi saya keinsafan ttg diri yang kerdil ini....

Sunday, December 5, 2010

Happy Anniversary..2010

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."


Tarikh yang begitu berharga buat diri saya adalah 4.12.2008,tarikh akad nikah yang membuktikan saya sudah bergelar isteri..ttapi hari ini 4.12.2010, genap sudah 2 tahun usia perkahwinan kami...hehehhehe..dah 2 tahun saya bergelar isteri..lagi membahagiakan kami, kehadiran penyeri hidup..kami Nurfilzah Nabihah..sekarang sudah pun pandai berjalan..insyaALLAH kalu ade rezeki akn bertambah lagi..
Tiada yang istimewa untuk celebrate anniversary kali ini..sekadar mngingatkan kenangan yang dulu2..kebetulan plak hujung tahun sememangnya musim hujan..nak g jalan2 pun agak sukar..walaupun hari ni hari sabtu..hari cuti..ingatkan boleh masak special sikit...air plak takde..huhuhuhu..sarapan pun ngan roti ajer..tgh hari pun makan kat kedai..Insyaallah..jika ade rezeki dan dipermudahkan urusan olehNya..adalah nnti yang special buat kami...

Mengimbas semula perkahwinan dulu...saya kongsikan Gambar dulu- akad nikah ni ...


Gambar akad nikah-serius jer muka my husband

Sesudah Sah Bergelar suami isteri

Dihari persandingan 5.12.2008

Majlis Sambut menantu..

haneymoon di Cameron Highland..hehehhe



semoga masih ade waktu untuk saya meraikan hari anniversary ini pada tahun2 akan datang..semoga dengan perkahwinan ini satu jalan yang mudah untuk Ke sYurga..insyaallah...kepada abang tersayang..dan anak ibu manja..semoga keluarga kita sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan semoga kehidupan seharian kita diberkati olehNya..amin...