Sunday, November 28, 2010

Lawatan Tamat Latihan TUDM iPOH,pERAK

"DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN"


Minggu lepas..hujung minggu..26.11.201..kami sekeluarga telah bertolak ke Ipoh untuk melihat Majlis Tamat Latihan TUDM.Adik saya telah berjaya menamatkan latihan TUDM Selama 6 bulan di situ..Mak saya telah menyewa sebuah van untuk ke sana.walaupun van tuh tak berapa nak bru dan selesa..tapi bawak jelah....mn2 adik beradik yang ada semua pergi kecuali kena tinggal kat rumah sorang untuk jaga rumah..heheheheh...perjalanan lebih kurang 8 jugaklah untuk sampai ke sana..dari rumah kami melalui jalan yang dekat untuk ke Gua Musang, iaitu jalan Tasik Kenyir,Felda Aring..tapi jalan dia..sangat2lah teruk..belum sampai Gua Musang pun dah rasa sakit2 badan..tapi kat Pertengahan jalan tu sempat lagi berhenti tgk Gajah...hehehhehe...sebenarnya kat situ, lupa nm tempat dia..ala2 R&R..blh berhenti makan, ada toilet dan juga Surau...Nabihah suka sgt tgk binatang..tu yang nk tunjuk gajah kat dia tuhh..


saya sorang jer tersengih2...heheheh..mmg i suka senyum..

Jom kita tgk beberapa gambar semasa pertunjukan Tamat Latihan tuhhh...

Sungguh segak masing-masing membuat perbarisan



seronok nabihah dapat main2...walaupun tak tido langsung waktu pagi

sempat ambil gambar dari jauh jer


Selama pertunjukan berlangsung, sangat seronok melihat dan tidak boring untuk terus menunggu sehingga pertunjukan selesai..cuma saya miss sedikit show kerana pergi menukar pampers nabihah..


jom kita tgk beberapa show yang dibuat...
ni namanya tempur tanpa senjata

ni saya lupa nama dia,,yang pntg sangat best

sambil tgk show..agak panas..nabihah sibuk nak main cermin mata saya..nasib baik ade baik yang hitam punya..yang murak takper bagi dia..suka sgt dapat pakai cermin mata hitam

Kumpulan pancaragam ni pun best..

ni baru sedikit yang dapat ambik gambar keluarga2 yang datang..memang dapat feedback yang baik walaupun dari jauh semua datang untuk memberi sokongan kepada anak2




Dah habis show tu barulah dapat berjumpa dgn adik saya..tapi time tuh bateri kamera dah habis, so ambik gambar dengan handphone jelah

Nasib baik pakai baju putih..orangnya dah gelap gelita..hehehehe

tapi nasib baik jugak...nasi disediakan untuk semua yang hadir..takdelah lapar sangat...leps makan dan berehat sekejap kitaorg pun bertolak balik Terengganu..tapi sempat lagi singgah di Cameron Highland..kebetulan waktu cuti sekolah...ramai betul org kat sini..mmg meriah..


Suka bawak nabihah jalan2..tak meragam sgt..sampai pun nabihah kat Cameron

kitaorg keluar dari CH dah pukul 5.20 ptg...Alhamdullilah sampai jugak saya kat Jerteh ni kul 12.00 tgh malam..sepatutnya sampai awal dari tu..tapi oleh kerana malam dan hujan yng lebat..semua tertido..drebar plak tak knl jalan..so sampi kota bharu jadinya...terpaksa pusing semula..kat mn silap saya tak perasan..sedar tak sedar sampai Ketereh sudah..aduhai...apepun Syukur sangat takde ape2 yang buruk sepanjang pejalanan tuhh...

Minggu depan kitaorg akan ke KotA Bharu plak untuk kenduri kahwin...


2 comments:

  1. WALAUPUN RINGKAS TAPI SERONOK JUGA LIPUTAN SAUDARA. LAMA TA PEGI DISANA JADI RASA GEMBIRA LAH BACA SEMUA INI. TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum & slamat sejahtera. Saya ingin bertanya...waktu lawatan untuk pelatih 6 bulan TUDM di Ipoh tu...bila ya? Adakah masa/hari nya "fixed" seperti Sabtu/Ahad, atau tidak tentu? Terima kasih

    ReplyDelete