Sunday, November 28, 2010

Bersyukurlah ada mata yang sihat


Sedarkah? Mata ini bukan hak kita tetapi ia hanyalah sebagai amanah dan pinjaman dari Allah swt. Kufurlah nikmat jika mata kita ini diciptakan hanya untuk dipejamkan dan dicelikkan untuk hal-hal tertentu sahaja sehingga kita membiarkan diri selamanya dalam kejahilan. Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur dan setiap mata terbuka, belum bererti ia melihat. Begitulah juga anugerah mata ini, melihat bulan menerangi malam, sehingga lupa ilmu mendekati Allah sahaja yang dapat menerangi hidup ini di dunia dan di akhirat. Allah yang menciptakan mata ini, Allah sahaja yang tahu apa terbaik untuk hambanya, mengapa kita masih degil, ingkar dan kufur? Terfikirkah kita secara tiba-tiba Allah swt tarik nikmat mata ini, apakah kita kian dekat denganNYA atau kian jauh dariNYA?

Membaca satu artikel ini..menginsafkan saya kerana tidak menjaga mata dengan baik..seingat saya dulu mata saya tidak mempunyai apa2 masalah, tetapi sekarang saya terpaksa memakai cermiin mata kerana mengalami rabun jauh..saya sendiri tak sedar bila ianya bermula..kekadang nak bawak kereta pun terpaksa memakai spek untuk menjamin keselamatan.

Mungkin Allah telah menarik satu nikmat itu daripada saya..bukannya senang kalau hidup sudah bergantung pada cermin mata..menjaganya pun kenalah teliti..selalu kena bawa ke mana pergi..nak membelinya pun beratus2 RM...

Dulu pnh juga mencuba ubat mata Permata hijrah..tapi sampai hari ni pun tak hbs2 lagi guna..mungkin takde kesan ataupun kna guna beratus2 botol..baru berkesan, saya pun tak pasti.

Apepun, sesiapa yang masih mempunyai mata yang baik..jagalah elok2..sayangilah mata anda...

ok tak saya pakai spek..ok atau tidak..terpaksalah..

No comments:

Post a Comment