Wednesday, November 24, 2010

AL-Fatihah buat arwah Abg Kusan(Hamidi Hasan)

Sesunggunya Allah jualah yg Maha mengetahui apa yg lebih baik buat hambaNya....

Begitu juga dgn arwah abg Kusan...pagi tadi dalam pukul 3.00pg lbh..saya mendapat satu msg daripada abg Husni mengatakan abg kusan sudah kembali ke Rahmatullah pada pukul 2.59 pagi...Sedih juga mendengar arwah sudahpun pergi...beberapa hari tu saya sudah menerima msg yang mengatakan abg kusan sudah dalam keadaan tenat di hospital Ipoh...saya segera menghubungi kak eda (isterinya) mengatakan saya akan menziarahi abg kusan hujung minggu ni iaitu hari Jumaat atau Sabtu di hsptl Ipoh memandangkan saya akan ke sana untuk melawat adik saya yang akan tamat latihan Tentera Udara..
Terkilan juga tak sempat nak ziarah..arwah mendahului menemui Penciptanya...Apepun saya mendoakan arwah aman Disana.. Lagi mengharukan arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak-anak yang masih kecil....mungkin belum mengerti ke mana ayahnya menghilang...

ape yang saya tahu arwah telah mengihap penyakit Barah Sel Darah(Peringkat 2)..Dulu kak eda ade juga cakap abg Kusan tak sihat dan sakit..tapi saya tak sangka begitu cepat penyakit tersebut merebak..Barah tersebut masih ada dan telah menyerang tisu di dalam bahagian kepala.

Mengimbas semula macam mn saya blh knl arwah abg kusan...arwah adalah antara org yang terawal saya knl ketika mula2 menjejak kaki ke UPM, Serdang..ms tu arwah adalah ketua fasi untuk orientasi saya..sbb tu saya knl..tapi tak sangka plak..sampai ke hari ni saya blh kknl dia..bukan setakat knl tapi knl hati budi dan agak rapat..juga selalu bergurau senda..memandangkan kitaorg satu kelab iaiu Kelab Bimbingan Mahasiswa.

kami selalu membuat program bersama2 dgn brothers dan sisters yang lain...apatah lagi saya agak rapat dgn brothers..antaranya abg najib..abg shahrul..abg malik..abg husny.....abg faisal..alhamdullilah..sampai hari ni pun masih kuat silaturahim dan masih mengetahui khabar masing2...tapi arwah abg Kusan selalu ajuk saya cakap kerana cakap bhs Terengganu..kelakar plak bunyinya kalu arwah ajuk kerana dia pun ade slam cina..saya selalu memmanggilnya abg kusanggg..hehehheheeh


kak eda, isteri arwah juga pnh duduk sekali rumah sewa dgn saya...Memang berat untuk Kak Eda menanggung semua ini..tapi saya percaya kak eda mampu melaluinya...kak eda yang saya knl seorang yang tabah dan kuat berusaha..semoga Allah memudahkan segala urusan kak EDa untuk membesarkan anak-anaknya....

Semoga setiap kematian yang kita tahu akan memberikan kesedaran kepada kita...
Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan para solihin. Al-Fatihah.

1 comment: