Monday, January 31, 2011

Budaya Membaca

Budaya membaca bermaksud amalan membaca pelbagai jenis buku, sama ada buku ilmiah,buku pengetahuan umum,majalah hiburan,komik,suratkhabar dan seumpamanya.Apa-apa pun bahan yang dibaca,yang penting boleh mendatangkan manfaat,sama ada dari segi pengetahuan,hiburan,meningkatkan penguasaan bahasa dan sumber maklumat.


ni artikel saya dapat dalam satu blog yang lain lah....

kita baca jap yg ini...

Baru-baru ini, terdapat kenyataan bahawa berdasarkan kajian Dewan Industri Buku Melayu Malaysia pada tahun lalu, rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM1 bilion setahun untuk membeli buku.

Ia satu jumlah yang agak besar. Tetapi kalau diambil kira jumlah keluarga di Malaysia, secara puratanya setiap keluarga di negara ini hanya membelanjakan RM50 setahun untuk membeli buku.

RM 50 setahun sahaja… Bagi saya ia satu jumlah yang masih kecil. Bagaimana pula dengan jumlah bacaan rakyat negara kita dalam satu hari?

Hasil ‘Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia’ yang dibuat oleh Perpustakaan Negara pada 1996 merumuskan secara amnya rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku sepanjang tahun. Kajian ini juga mendapati, bahan bacaan yang paling digemari ialah komik, diikuti majalah, buku dan surat khabar. Satu statistik yang amat memeranjatkan!!

Hasil kajian ini mendedahkan bahawa budaya membaca rakyat negara kita jauh masih ketinggalan berbanding negara-negara maju lain.

Sebagai orang Islam, kita mesti peka dengan kekurangan ini. Kerana Islam menggalakkan mencari ilmu, dan mewujudkan budaya membaca. Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah: “Bacalah…”.

Sejarah kehidupan sarjana awal Islam mendedahkan mereka adalah masyarakat yang banyak membaca.

cuba kita renungkan tokoh-tokoh ilmuan ini :

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (wafat: 852H) ketika berada di Syam dalam ekspedisi ilmunya, mampu membaca kitab hadis ‘Mukjam Saghir’ karya Imam Tabarani dalam masa beberapa jam, antara waktu Zohor dan Asar. Kitab tersebut mengandungi lebih seribu hadis.

Fairuz Abadi (wafat: 817H) dalam pengembaraan ilmunya ke Damsyiq pernah menghabiskan bacaan kitab Sahih Muslim dalam masa tiga hari sahaja. Hadis-hadis dalam Sahih Muslim mencapai angka 7,000 hadis.

Imam Syafie (wafat: 204H) dikatakan apabila beliau membaca satu-satu kitab, ketika membaca muka surat sebelah kanan, beliau akan menutup muka surat sebelah kiri dengan tangannya. Apabila membaca muka surat sebelah kiri, beliau menutup muka surat sebelah kanan dengan tangannya. Tujuannya untuk menghadkan penglihatan matanya supaya tidak terlalu cepat membaca.


Dan dengan sebab itu juga saya juga telah mengambil langkah2 budaya membaca ini:

saya mulakan dengan setiap bulan saya akan membeli sebuah atau 2 buah buku untuk koleksi di rumah saya:


ni majalah sentiasa ada kat rumah...

ni bulan 1 2011, saya beli

yang ni bulan 12 2010..saya beli sebuah jer..seronok jugak buku nii


yang ni bulan 1 2011, baru jer beli..buku ni pun best..betul2 merawat hati...


haaaap..BUKU ni bulan 11 2010,saya beli walaupun buku masak2, tapi tetap bolehdibaca..walaupun tak cuba..tapi saya dah cuba...


Buku2 untuk nabihah pun dah dibeli..buku gambar2 lah...

kalu tak ibubapa yang mulakan..siapa lagi nak mulakanyya...

hasrat saya kalu dah ada rumah nnti, akan saya jadikan ruang membaca seperti di library..insyaALLahhh.....


Kesimpulannya,hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.Jika masyarakat mempunyai kesedaran terhadap pentingnya amalan membaca,tidak mustahil bangsa Malaysia akan menjadi bangsa yang terkenal rajin dan suka membaca, seperti masyarakat Jepun.Oleh itu,menjadi tugas semua warga Malaysia untuk memartabatkan budaya membaca sebagai amalan hidup kita setiap hari.

1 comment: