Thursday, February 12, 2009

Bukan isteri sahaja yang perlu berhias


Bukan isteri sahaja yang perlu berhias
Beberapa hari lepas saya menerima satu sms daripada seorang isteri yang meluahkan rasa tidak suka dengan penampilan suaminya tika berada di rumah. Suaminya akan tampil segak jika ke tempat kerja tetapi jika di rumah atau ke tempat tempat awam bersamanya dengan anak-anak. Suaminya hanya berpakaian `cukup makan'.
Bukan tak pernah meluahkan rasa tidak puas hati kepada suami tetapi luahan hatinya langsung tidak di pedulikan oleh si suami.Pokoknya, isu suami tampil tidak menarik perhatian isteri tidak boleh menjadi isu kecil. Isu ini perlu di ketengahkan dan diberikan perhatian oleh semua pihak terutamanya para suami.Bukan isteri sahaja yang perlu berhias, suami juga perlu berhias dan tampil segak dan kemas di hadapan isteri.
Jika sebelum kahwin, anda boleh tampil segak hingga berjaya menawan hati bakal isteri anda, kenapa perlu di ketepikan semua itu selepas berkahwin? Memang penampilan dan rupa bukan perkara utama untuk memikat hati tetapi jika anda berbudi baik, cakap lemah lembut dan apa saja perwatakan yang baik yang mampu menarik hati bakal isteri tetapi pakaian anda tidak kemas dan selekeh, tentu susah juga bakal isteri hendak terpikat.
Bukan perlu papa untuk bergaya kemas tetapi cukuplah sekadar sejuk mata memandang. Yang sejuk mata memandang inilah yang menjadi masalah kepada sesetengah pihak setelah berkahwin. Biasanya yang selalu kita dengar, isteri perlu jaga bentuk badan selepas berkahwin. Dah berisi sikit, mula la suami membebel. Isteri yang takut menerima pesaing, sanggup mengikat perut untuk memenuhi kehendak dan selera suami.
Perut Buncit Jika itulah kehendak suami kepada isteri, fahamilah juga bahawa isteri juga punya kehendak sedemikian. Jika sebelum berkahwin, anda boleh jaga bentuk badan, perut buncit sikit dan kecoh pergi ke gim, kenapa selepas kahwin anda sanggup biarkan perut membesar bagai mengandung empat lima bulan. Ada juga suami yang sarat mengandung bertahun-tahun tanpa sebarang kelahiran. Heheheheee. Tak terasakah bagaimana penerimaan isteri anda? Ada juga yang menyatakan perut kami ke depan sebab senang nak letakkan dan pangku baby. Senang betul bagi alasan kan . Kalau isteri anda memberikan alasan ini, boleh kah anda terima?Tepuk dada Tanya selera.

No comments:

Post a Comment